Permohonan kemasukan pelajar ke Politeknik KPT bagi Sesi Julai 2009 hendaklah dibuat melalui kaedah dalam talian (ON-LINE) dengan melayari laman web;
Pemohon diminta membeli nombor PIN untuk mengakses e-Borang, di kaunter atau Mesin ATM Bank SimpananNasional (BSN) dengan harga RM6.00(Ringgit Malaysia: Enam sahaja)
Pemohon perlu mengemukakan Kad Pengenalan atau MyKad semasa membeli nombor PIN di kaunter BSN.
Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan kad pengenalan atau MyKadpemohonmesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN. Maklumkan dengan jelas kepada pihak BSN bahawa nombor PIN yang hendak dibeli adalah untuk permohonan kemasukan ke Politeknik KPT.
Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor kad pengenalan pemohon dengan betul serta terdapat nombor PINenam (6) digit sebelum meninggalkan kaunter BSN.
Jika pemohon mewakilkan seseorang untuk membeli nombor PIN, salinan kad pengenalan atau MyKadpemohonmesti dikemukakan oleh wakil tersebut kepada pihak BSN. Maklumkan dengan jelas kepada pihak BSN bahawa nombor PIN yang hendak dibeli adalah untuk permohonan kemasukan ke Politeknik KPT.
Pastikan slip pembayaran BSN dicetak nombor kad pengenalan pemohon dengan betul serta terdapat nombor PIN
Nombor PIN ini hanya boleh digunakan bagi kemasukan Sesi Julai 2009 dan Sesi Januari 2010 sahaja.
Pemohon perlu membeli semula nombor PIN sekiranya hilang dan terlupa.
NOTA:
Nombor PIN yang sama boleh digunakan untuk mengakses e-Borang Kolej Komuniti KPT.
Pemohon hendaklah mencetak paparan butiran permohonan setelah menekan butang 'HANTAR MAKLUMAT PERMOHONAN'. Pindaan maklumat pada e-borang boleh dibuat sebelum tarikh tutup dan mencetak semula butiran permohonan terkini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan